Jul 1, 2011
Jul 1, 2011
nizarimi
277 views
Ahaaa... sawah again. Sebenarnya anak-anak saya ini memang tidak ingin ke sawah lagi untuk bergambar. Mereka nak ke Port Dickson, Ulu Bendul atau lain-lain tempat kecuali sawah. Tapi permintaan dari ayah yang ingin menembak semasa padi menguning membuatkan anak-anak terpaksa mengalah (hehehe... patutnya ayah yang mengalah). Jadi bertempat di Terachi pada Sabtu lepas 25 Jun 2011 berbondong-bondonglah kami ke tengah sawah. Memang siksa nak meminta anak-anak ini berposing. Terjerit-jerit si ayah dari kejauhan meminta mereka mendengar dan mengikut arahan. Akhirnya si ayah "give up" dan memetik picu kamera mengikut gerak hati sendiri tanpa mengarah lagi.p/s - Besoknya saya bawa mereka ke PD untuk bermandi-manda.
No comments yet...
All fields are required, fill in the form.
Comment successfully added.
Comment